Manual Proses Kerja
Manual Standard Operasi Penternakan AMI Niat.
Pengurusan Ternakan
(a)
Peringkat Persiapan Reban
Sebelum kehadiran anak ayam, AMI
Niat menjalankan
- penyahjangkitan pada reban dan peralatan (perlu didisinfektan)
- persediaan dan pemasangan
o
habuk kayu dan canvas; dan
Kerja-kerja ini dijalankan sekurang-kurang 1 minggu sebelum anak ayam tiba.
(b) Peringkat Penerimaan Anak Ayam
AMI Niat telah menandatangani persetujuan dengan CM Best Food di dalam penyediaan bekalan anak ayam kepada AMI Niat. Penghantaran anak-anak ayam dilakukan setiap malam khAMI Niats dan tiba di ladang AMI Niat pada pagi Jumaat.
(c) Peringkat Perindukan
Peringkat ini hanya 14 hari
sahaja iaitu bermula dari anak ayam berusia 1 hari sehingga 14 hari.
(d) Peringkat Pembesaran
Peringkat ini sehingga ayam
boleh dipasarkan.
Di samping itu, AMI Niat
telah membuat keputusan untuk menggunakan fodder
gandum dan napier untuk makanan tambahan ayam AMI NIAT untuk ternakan.
Syarikat AMI Niat
menggunakan Yakult sebagai bahan di
dalam pembuatan EM, memandangkan Yakult mengandungi 30 billion kultur hidup.
Ini akan menjadikan ayam kampung AM-I menggunakan teknologi Lactobacillus.
AMI Niat telah menandatangani persetujuan dengan CM Best Food di dalam penyediaan bekalan anak ayam kepada AMI Niat. Penghantaran anak-anak ayam dilakukan setiap malam khAMI Niats dan tiba di ladang AMI Niat pada pagi Jumaat.
Kerja Penerimaan Anak Ayam
(c) Peringkat Perindukan
Peringkat ini, anak-anak ayam
akan dimasukkan dalam gelung yang berdiameter 6 kaki. Setiap gelung akan
mengandungi sekurang-kurang 200 ekor. Suhu dalam gelung akan ditingkatkan
dengan menggunakan 2 unit mentol 60 watt bagi memastikan anak ayam selesa
seperti berada di bawah kehangatan ibu ayam.
Semasa di peringkat ini, bekalan
makanan dan minuman akan disediakan secara manual oleh para staf AMI Niat.
Anak ayam akan diberikan vaksin
dan antibodi bagi memastikan ketahanan dan mencegah anak ayam daripada wabak
penyakit
(d) Peringkat Pembesaran
Setelah anak-anak ayam berusia 15
hari, gelung akan dibuka dan anak-anak ayam bebas bergerak di dalam reban.
Bekalan makanan masih menggunakan
secara manual manakala bekalan minuman akan dibuat secara automatik.
Pengurusan Makanan / Minuman
Sebelum ini, AMI Niat sering
menggunakan jenama makanan ayam cap Persahabatan dan Leong Hup. Kini AMI Niat
sedang kerjasama dengan Aqwa Food di dalam penggunaan produk dedak keluaran
sendiri yang boleh digunakan daripada ayam berusia sehari sehingga boleh
dijual, yang mengandungi starter, grower dan sebagainya.
AMI Niat menggunakan sistem
pengairan minuman secara automatik menggunakan Auto Drinker. Setiap hari,
sekurang-kurangnya 2 kali air tanpa klorin akan dipam ke tangki bekalan.
Effective Microorganisme (EM) dan
Gula Merah sering digunakan sebagai campuran ke dalam minuman ayam bagi
meningkatkan selera makan dan memastikan bakteria jahat di dalam usus ayam
dapat diatasi bagi memastikan tinja ayam yang dihasilkan kurang berbau dan secara
tidak langsung akan mengurangkan pembiakan lalat.
Pengurusan Kesihatan
AMI Niat akan meminimakan
penggunaan ubatan, bagaimana vaksin akan digunakan bagi mencegah penyakit.
Penggunaan herba seperti kunyit bagi mengatasi masalah cacing dan penggunaan
taugeh bagi mengurangkan stress ayam.
Penggunaan ubat-ubatan akan digunakan
berdasarkan hasil post-mortem bedah siasat ayam yang sakit.
Pengurusan Rekod / Fail
AMI Niat mengimplikasikan pengurusan rekod / fail secara
keseluruhan bagi memastikan maklumat
- perkembangan dan hasil pulangan
- digunakan untuk membuat perancangan pada masa hadapan
- disediakan dalam bentuk yang mudah disimpan dan dianalisis
- Tarikh pembelian / penerimaan anak ayam
- Baka ayam, sumber dan bilangan
- Pembelian dan pemberian makanan
- Berat badan dan jumlah bilangan dijual
- Jumlah kematian dan penakaian
- Pemvaksinan dan rawatan
Comments
Post a Comment