Ladang Ternakan

Lokasi dan Kerja Infrastrukur Reban Ternakan AMI Niat.

Lokasi Ladang Ternakan
Ladang Ternakan Ayam Kampung AM-I terletak di Kampung Sri Timur berhadapan dengan Jalan Felda Kahang Timur (Lapisan kedua di tepi jalan).

Ladang Ternakan berlokasi
Latitude         : 2° 5’31”N;
Longitude      : 103°26’24”N; dan
Altitude          : 200ft.;

Ladang ternakan AMI Niat berada di persekitaran kehijauan dan kesegaran di lerengan bukit Gunung Berlumut, Kluang.
Kedudukan Ladang Ternakan AMI Niat
Pandangan susunatur reban dan rumah pekerja (kontena) daripada atas bukit berlatarbelakang kehijauan Gunung Berlumut.

Kerja Awalan Infrastruktur

Bagi membangunkan infrastruktur reban ternakan, AMI Niat telah menjalankan kerja-kerja
1.       pembinaan jalan masuk daripada jalan utama (Jalan Felda Kahang Timur) ke ladang ternakan;
2.       memotong dan meratakan tanah bagi memastikan tapak reban ternakan tersedia untuk dibangunkan;
3.       permohonan punca bekalan elektrik dan bekalan air;
4.       pembinaan rumah pekerja dengan mengubahsuai kontena terpakai.
5.       membina lantai/tapak reban ternakan;


Pembinaan Jalan Masuk
Pembinaan Reban AMI Niat

Rekabentuk dan susunatur reban
Reban ternakan AMI Niat direkabentuk dengan menggunakan besi Purlin (C dan N) sepenuhnya sebagai tiang dan kekuda reban manakala bumbung menggunakan zink G30.

Rebabentuk Reban AMI Niat (pandangan depan)

Rekabentuk Reban AMI Niat (pandangan Sisi)

Reban ternakan AMI Niat berukuran 25kaki x 40kaki yang mampu menampung sebanyak 1,000 ekor ayam di dalam sesuatu masa dan reban direkabentuk secara bersambung iaitu setiap 2 reban akan mempunyai ruang tengah sebagai ruang bekerja dan stok penyimpanan/penyediaan makanan ayam (sila lihat pandangan sisi). Pintu setiap reban berada di ruang tengah.

Susunatur reban ternakan AMI NIAT

Reban ternakan AMI Niat disusunatur dengan kedudukan 3 baris yang mana setiap baris mempunyai 4 reban.

Kerja Akhir Infrastruktur
Setelah selesai kerja awal infrastruktur serta rekabentuk dan susunatur reban, AMI Niat telah menjalankan kerja-kerja
1.       pembinaan 12 unit reban ternakan;
2.       pemasangan kabel bekalan elektrik serta lampu dan socket;
3.       pemasangan dinding (jaring BRC ½“x½“) dan zink;
4.       pemasangan canvas; dan
5.       pemasangan pagar elektrik di sekeliling reban ternakan.

Panorama Ladang Ternakan AMI Niat


Comments