Pengenalan

Pengenalan

Punca Kuasa
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Borang 9, Akta Syarikat 1965 di bawah Seksyen 16(4) perakuan pemerbadanan syarikat sendirian; dengan ini memperakui bahawa

AMI NIAT Agrotek Sinergi Sdn Bhd

telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, pada dan mulai dari 12 haribulan Oktober 2016, dan bahawa syarikat ini adalah sebuah syarikat berhad menurut syer dan bahawa syarikat ini adalah syarikat sendirian berhad.

Dengan No Syarikat – MyCoID : 1204892-T

Pengenalan
AMI Niat ditubuhkan dengan niat mendapatkan keredhaan Allah serta menjalankan amanah sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dengan konteks yang lebih luas dan menyeluruh.

AMI NIAT – perkataan yang bermula daripada persoalan “WHO AM I” iaitu persoalan mengenali kondisi diri. AMI NIAT diintipatikan berdasarkan singkatan
A – Allah swt; M – Muhammad saw; manakala I – Islam.

AMI NIAT bermaksud Allah swt Tuhanku; Muhammad Nabiku dan Islam itu Agamaku.

NIAT – perkataan ini diambil berdasarkan hadits Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907. Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”.

Niat diperincikan kepada
N – Naluri keinginan mahu sesuatu.
I – Ilmu pengetahuan
A – Agenda/aturcara kerja
T – Teguh/tetap/tawakal.
Asas Penubuhan AMI Niat
AMI NIAT direncanakan kepada 4 jenis perniagaan yang akan/sedang/telah diceburi iaitu :-
  • Perniagaan Asas;
  • Perniagaan Keperluan;
  • Perniagaan Kesihatan / Kecantikan; dan
  • Perniagaan Pendidikan
Bagi langkah pertama; AMI Niat menubuhkan AMI Niat Agrotek Sinergi Sdn Bhd untuk fokus kepada perniagaan asas iaitu perniagaan sektor pertanian atau agro-industri.

Visi
Dengan Nikmat-Nya; Kita Kongsi; Bahagia Bersama

Misi
  1. Membangunkan sebuah syarikat berciri keusahawanan Islam.
  2. Meneroka pasaran, memakmur dan menyedia peluang perkerjaan berdasarkan sebagai khalifah di muka bumi.
  3. Menceriakan persekitaran harmoni di dalam perhubungan antara syarikat dengan pekerja/komuniti, alam sekitar dan Pencipta.
Logo
Logo AMI Niat memiliki 4 ciri utama iaitu

i. Ciri Huruf
Terdapat 3 huruf di dalam Logo AMI Niat iaitu huruf A; M dan I. Huruf ini bermaksud Allah swt Tuhanku; Muhammad Nabiku dan Islam itu Agamaku.

ii. Ciri Bulan Sabit
Terdapat 3 bulan sabit yang disusunatur ketiga-tiga bulan sabit menjadi bulatan seperti mana bulatan tawaf mengelilingi kaabah.
3 bulan sabit mewakili
Islam – berwarna ungu
Iman – berwarna biru
Ihsan – berwarna merah
Tengah bulatan kelihatan pandangan ke arah penjuru hajar aswad merupakan arah solat bagi rakyat malaysia dan sebahagian Asia Tenggara.


iii. Ciri Buku / Kitab
Lambang buku / kitab terbuka menunjukan keperluan mendapatkan ilmu pengetahuan dan juga buku panduan untuk menjalani kehidupan di dunia/akhirat serta manual pengoperasian syarikat.

Merujuk kepada surah pertama yang diturunkan Allah swt kepada Nabi Muhamad saw iaitu surah Al-‘Alaq Ayat 1-5
1. Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk);
2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah;
4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
5. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

iv. Ciri Warna
Warna rasmi AMI Niat terdiri daripada warna *
1. Ungu
Kepercayaan diri – simbol royalti dan kekayaan serta lambang kearifan dan spiritualitas.
2. Biru
Damai, tenang, aman, dan tertib – simbol kepercayaan, konsistensi, dan pemacu konsentrasi
3. Merah
Inspirasi kuasa, tenaga, kehangatan, cinta, nafsu, dan agresi – diasosiasikan dengan cinta, kehangatan, dan kenyamanan
Selain daripada 3 warna; syarikat turut menggunapakai warna kelabu dan putih sebagai latarbelakang logo.
* susunan mengikut keutamaan

Tagline
AMI Niat menetapkan tagline syarikat adalah
“Produk AM-I; Nikmat-Nya; Kongsi Bersama”

Comments